fall

bckgrnd

16 January 2012

CARING CATEGORY RIMAS -,-


Post aku kali ni , memang khas untuk mamat TURKI yang seorang tu . okay kau nampak tak ? Dia seorang je dah boleh buat hidup aku kacau bilau . Dia ni memang baik gila dengan aku . Kalau aku suruh buat apa , semua dia ikut , semua dia sanggup . Sampai kan yang aku tak suruh pun dia dah bijak pandai buat untuk aku .

Weyh , siapa tak suka kalau ada orang caring BEROOOOOOOO ! TAPI caring dia ni memang melampau , SUMPAH AKU RIMAS ! Setiap pagi , kalau nampak aje muka aku , mula lah , dia senyum sampai ke hujung urat telinga dia tu , kalau boleh sampai krem tulang pipi dia nak senyum kat aku , sambil sebut "NADJEEHA ! NADJEEHA!" , lepas tu KENYIT-KENYIT mata sebelah kat aku . WHAT THE FUUUUUUUU . haip-2 , senah glamour jangan mencarut !

Okay tak pe , itu aku boleh terima , aku anggaplah yang dia tu memang ada sakit kenyit mata sebelah automatik bila nampak perempuan . 1 perangai dia ni yang aku agak lah rasa tak puas hati , dia PILIH KASIH , bila negro-2 tu datang kat dia , tanya soalan , belum sampai lagi ni kat tempat dia , baru 1 langkah , dia dah warning dulu .

" Ask me only 1 question . I'm busy . Seriously "

Aku terus tengok dia , sambil sengetkan bibir ke atas , dalam hati aku

"Bila masa ntah mamat ni busy , busy mengacau aku adalah "

Tapi , bila time aku pula , aku tak tanya , dia yang dok sibuk mengelibas offer nak ajar , siap buat SKEMA JAWAPAN weyh untuk aku . Tak adil betul . Memang lah aku suka , tapi sesekali boleh lah , ni kalau dah selalu , baik aku tak payah datang kelas , tunggu dia je bagi aku skema jawapan ,aku belajar sendiri je dalam bilik . 

Kadang-2 tu , aku tengah fokus ni weyh cikgu aku mengajar kat depan , bahasa RUSKI ni dah la errr kan . dia boleh pula koyak-2 kan kertas kecil-kecil lepas tu gumpal2 baling kat aku . YA ALLAH , aku rasa macam nak sumbat aje kaki kerusi tu kat bahagian anak tekak dia belah kiri . Annoying kau tahu . Bila aku kata jangan kacau , dia gelak-2 , Bila aku marah buat muka , dia pun buat muka , konon-2 aku marah ala ala manja lah dengan dia . Bila aku buat muka takde mood , tahu pula kelam kabut datang sebelah aku pujuk , lagi lah aku rimas . Aku tak tahu nak buat apa bagi mamat ni duduk diam , sehari aje aku minta . Dah bersyukur dah .

Bila aku demam datang kelas , lagilah penyakit caring dia tu beranak pinak , kalau naik tangga tu , sibuk nak bawa kan beg aku , memang tak lah aku nak bagi , aku kalau pengsan pun beg tu aku nak bawa sendiri , kalau tak nanti naik lemak , tak habis itu aje , kejap-2 tanya aku okay ke tak , YES. I'M OKAY ! Sampai bosan aku nak jawab , sebab dia tak faham-2 .  =.=  Tak cukup tanya aku macam polis pencen , dia soal aku pula , nak teh ke kopi ke , dia boleh belikan , aku mampu geleng je , makin parah sakit aku dibuat nya . RIMAS RIMAS RIMAS .

Bila aku duduk diam tengah rehat , dia datang suruh aku main angry bird dalam fon dia , haish , ya aku tahu lah , fon aku , cikai aje , setakat boleh masuk dua sim ,  KAU ADA ? HAHA . .aku sedapkan je lah hati dia , aku main 2 3 kali , buat-2 muka bosan sikit , konon-2 tak lepas , lepas tu buat muka fed up bagi dia balik fon tu . Sedapkan hati .


Lepas tu , bila aku cakap , ada je yang dia nak kategorikan cara percakapan aku tu COMEL ! Kau bayang lah , aku cakap FIFTY-FIFTY pun dia suruh aku ulang banyak kali , sebab dia kata aku comel bila sebut perkataan tu . Bila aku pakai tudung yang lilit biawak pun , macam tadi , dia puji , kata macam PARSI STYLE , celah mana yang parsi pun aku tak tahu . Kalau aku nak balik , awal-2 dia dah offer nak teman , memang alasan aku sama je . ITS OKAY , tak pun , aku kelentong lah cakap balik dengan senior ke kawan ke . Grrrrr >.<

Aku letak MP4 aku atas meja masa aku tidur tu , bila aku sedar , dia letak MP4 tu dekat dengan aku , means dia baru je CEROBOH MP4 aku lah kan , tiba-2 dia senyap macam buat muka , hahaha COMFIRM mamat ni dah tengok gambar wallpaper kat MP4 aku tu . ALHAMDULILLAH , syukur . Terdiam pun kau akhirnya . Walaupun hanya untuk 10 MINIT =.= Sadisssssss !

Kalau aku pergi depan buat jawab soalan , atau jawab soalan yang cikgu tanya , bila betul , dia pula yang teruja cakap

"Harasho nadjeeha , maladiet " Sambil buat senyum gedik dia . Erghhhh  T.T

Sesiapa ada idea , tolong lah aku weyh , AKU RIMAS RIMAS RIMAS , aku nak menyampah sangat pun tak boleh , kang dibuatnya makin dekat pula jodoh karang . Jadi aku tengah tahap sabar dan rimas sipi sipi nak menyampah ni . Tolong aku . Arghhhhhh !!!!


 

No comments: