fall

bckgrnd

15 January 2012

ADAKAH KITA BERTEMU DENGAN ORANG YANG SALAH??

Hakikatnya, kita akan BERTEMU dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat SUKAR untuk kita bersama dengan mereka..sebab pelbagainya manusia yang kita temui di dunia ini..terlalu ramai manusia dengan pelbagai karenahnya.

kerana BERLAINANNYA manusia itu adalah utk APA…..?



يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬


Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. ( Alhujurat: 13)

untuk lita’arafu..
untuk berkenalan..untuk mengetahui, memaknai manusia lain..
Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding      manusia lain..
Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai TAQWA tanpa membeza-bezakan manusia lain..

Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tak serasa dengan kita serta berlainan segalanya..sehingga sekecil2 PERBEZAAN kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri apatah lagi memutuskan silaturrahim..

Walaupun diri kita dengan dia,
satu AQIDAH, satu KEFAHAMAN dan satu CINTA pada Allah..
Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?
Di situlah, kita kena sentiasa berusaha mencari titik PERSAMAAN
Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah..

TAKKAN!

Kerana Allah telah mentakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita..setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita..dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita..walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia..namun, tentu sebenarnya mereka yang ‘salah’ itu sendiri banyak mengajar kita:
akan KEKURANGAN diri kita sendiri.

"Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati" (kata-kata hikmah Arab)

Setiap JODOH dan PERTEMUAN tentunya telah ditetapkan oleh Allah, untuk kita belajar sesuatu darinya..tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah… semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan..percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.

Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih..kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah rabbul jalil
Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah? kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ketidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.

..Itulah dia ALLAH..

Kerana dihitung perbezaan-bezaan , memang akan semakin menjadikan hati kita jauh..namun, those does not matter, sebab ALLAH sahaja yang mem"bind"kan hati kita 

insyaAllah. And He Knows best..(◕‿◕)


12 January 2012

KENAPA KITA DIUJI? :)


”Kami telah beriman , sedang mereka tidak diuji lagi ? 
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka ,
maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan 
sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta ." 
~ Surah Al-Ankabut : ayat 2-3 .


KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu , padahal ia amat baik bagimu ,
 dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu ,
Allah maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui ."
~ Surah Al-Baqarah : ayat 216 .

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ? 

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya ."
~Surah Al-Baqarah : ayat 286 .

RASA BERPUTUS ASA ?

"Janganlah kamu bersikap lemah . dan janganlah (pula) kamu bersedih hati ,
padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) ,
jika kamu orang-orang yang beriman ."
~Surah Al-Imran : ayat 139 .


BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA ?

"Hai orang-orang yang beriman , bersabarlah kamu dan kuatkanlah
kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan
bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung . "
~ Surah Al-Imran : ayat 200 .

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu . Dan sesungguhnya yang
demikian itu sungguh berat , kecuali bagi orang-orang yang khusyu’ ." 
Surah Al-Baqarah : ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI ?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min , diri dan
harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka ." 
~ Surah At-Taubah : ayat 111 .

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?

"Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia . Hanya kepada-Nya
aku bertawakal ."
~ Surah At-Taubah : ayat 129 .

AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!

"..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah . Sesungguhnya tiada
berputus asa dari rahmat Allah , melainkan kaum yang kafir .'
 ~ Surah Yusuf : ayat 87 .

"boleh jadi kamu membenci sesuatu , padahal ia amat baik bagimu ,
 dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu , 
padahal ia amat buruk bagimu ;
 Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui ."
~ Surah Al-Baqarah : ayat 216 .


Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tidak selalu bahagia .. 
Sedekahkanlah satu senyuman walau di hatimu tak lagi mampu bertahan .. 
Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka .
Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran .. 
Hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan & berpeganglah kepada ALLAH walau DIA tak kelihatan kerana bukti kasih-Nya , kita masih diduga ..
 GanjaranNya PASTI ..
Sabarlah .. :)
 
 
 
 
 

BYEBYE :(

Assalamualaikum ..

Hurmm .. 
Tahun 2011 dah 2 minggu meninggalkan kita kan ? 
Banyak prkara yang berlaku sepanjang tahun 2011 ney .. 
Sgala mcm kenangan pahit n manis berlaku ..
Tahun 2011 ney jeeha ley cakapkan tahun yang banyak memberi pengajaran wat jeeha n tahun 2011 ney menjadikan jeeha lebeh matang dalam menjalani kehidupan mendatang .. 
Chewahh .. XD 

Kenangankenangan yang paling jeeha ingat 2011 ney :
 
 
14-30 Nov 2011
~pEnentu masa hadapan jeeha, SPM~
 
tahun ni jeeha amik spm.. ggrrr~~ takot ==
jeeha harap, berkat doa umi ayh,, cikgu2,, kawan n semua yg kenal jeeha, jeeha akan dapat keputusan yang cemerlang.. :)
kamu pun doakan jeeha jugak yeah :D


31 Oct 2011
~eX jeeha cari jeeha semula~

Waaa , macam owg glerr klw jeeha ingat balek ..
Break ngan dy banyak memberi kesan dalam hidup jeeha ..  
Sampai sekarang jeeha still ingat ape yang da dye wat kat jeeha .. 
Banyak kOt kenangan jeeha ngan dye .. 
Law jeeha belekbelek dalam almari bilek jeeah, ade je mende yang berkaitan dengan dy .. 
Barubaru ni jeeha nak cari selendang yg hilang , lastlast jeeha jumpe album pic yg dy pena bg kat jeeha mase kapel dulu .. 
Saket aty pun ade bile tengOk pic jeeha n dy dalam album 2 .. 
Ape laa naseb badankan ? 
Pas ni , jeeha nak kumpul sume kenangan n barangbarang  yang dye pernah bg kat jeeha n jeeah nak buang jaOhjaOh...
Ak serik woo ~~ ..
 
jeEha dapat tahu kena pindah poRt diCkson ~

masa jeeha dapat tahu ayah kena pndah pD tu, lagi seminggu nak raya... huuaaaaaaaaa~~
terus hilang semangat nak raya.. dah la tahun ni jeeha ada spm.. macam takda mood nak blaja...
sekarang jeeha dah dekat sebulan dok poRt diCkson.. tapi 1 kawan pon takda.. sedihh~~ :'(
jha rindu sgt2 kawan kat kluang.. jeeha ingat lagi masa 2 3 ari lagi sblum jeeha kua dari kluang, kwn2 jeeha sume kua.. yg paling jeeha teharu korg bagi jeeha hadiah.. :') jeeha suka hadiah2 tu :D 
~ mya..pu3..fara..eima..syida..ema..alin.. ~


Yang lainlain , 
Tahun 2011 ney ,

~ jeEha kenal erti persahabatan yang sebenar ~

sahabat yang berkOngsi suka duka bersama jeeha .. :)
 susahkan kita nak jumpe kawan macam ni ? 
Hurmm , tapi jeeha bersyukur sangat bila jeeha sedih , kOwg ada untuk jeeha..
 kamu semua ade untuk bagi semangat kat jeeha .. 
kamu semua ade bersama jeeha dengan nasihatnasihat yang kOwg bagi untuk jeeha .. 
jeeha hargai sangat semua 2 .. :)
ble masingmasing da berjaOhan ni , kita makin menghargai apa itu kawan kan ? 
kita masih berkOngsi masalah walaupun kita xdapat berjumpa .. kita masih ucap kata rindu zaman sekOlah walaupun semua 2 da berakhir .. 
Argghh , jeeha sayang kOwg sangatsangat laa !!! :')

~ Ak kuat ~
Yeahh , ak kuat ? 
Apakah ? haha .. 
Hurmm , xdinafikan tahun 2011 ni , banyak dugaan yang menimpa jeeha .. 
antaranya : jeeha dapat tahu jeeha ada pnyakit.. mak n ayh angkat aku mninggal.. n banyak lagi ... tak perlulah jeeha nyatakan kat sini .. 
Tapi , jeeha bersyukur sangat dengan dugaan yang menimpa jeeha ney , menjadikan jeeha lebih tabah n sabar dengan segalanya .. 
Menjadikan jeeha lebih berani untuk menghadapi harihari mendatang .. 
Dan yang penting jeeha menjadi diri jeeha !
 :)


Maafkan jeeha 2011 kerana ,
 
jeeha banyak buang masa dalam tahun ni .. jeeha banyak abaikan harihari jeeha untuk menjadi lebih baik ..
 Dan jeeha minta maaf andai tahun 2011 ney , jeeha banyak wat saket hati owg .. jeeha akui yang 2 , malah jeeha sedar atas segala kesilapan yang telah jeeha lakukan .. 
Tapi untuk menjadi seperti dulu mungkin tidak , jeeha sudah serik dengan semua 2 .. 
-.-


Dan xlupa ,


Terima kasih 2011 kerana , 

mengajar jeeha erti kehidupan .. 
Mengajar jeeha erti kesabaran dan ketabahan .. 
:)
Mengajar jeeha bahawa cinta pada yang Mencipta lagi kekal dari cinta manusia yang hanya sementara ..
 Mengajar ak bahawa xsemua yang kita impikan akan kita dapat .. 
Mengajar jeeha supaya terima segala yang telah ditakdirkan .. 
Redha itu ikhlas , pasrah itu menyerah .. 
:)


jeeha harap tahun 2012 ni , harihari jeeha lebih baik dari sebelOmnye .. jeeha harap segala impian n azamazam jeeha yang xdapat jeeha capai pada tahun2011 aritu , akan tercapai pada tahun 2012 ni .. 
InsyaAllah .. 
:)

 Cinta ? 
Xperlu lagi kOwt jeeha pikir hal 2 , cOz jeeha bahagia dengan kehidupan jeeha sekarang ..
jeeha bahagia dikelilingi keluarga jeeha ..
jeeha sudah serik dengan cinta yang lalu ..
jeeha perlu belajar dari kesilapan lalu ..
Kadangkadang terbit juga perasaan cemburu ,
yela sume owg da ade kapel , 
tapi bile pikirpikir balek , ade owg cakap yang kapel itu haram .. 
Tapi entahlah , mungkin bagi jeeha cinta lepas kahwin ag baik n sweet .. 
hehehe !
:)
Dan ape yang pasti , 
jeeha perlu yakin bahawa cinta itu akan datang juga suatu masa nanti bile sudah tiba masanya ..
InsyaAllah .. 
:)

Tanpa jeeha sedar , jeeha banyak berduka dalam tahun ney dan jeeha harap sangat tahun 2012 xlagi jadi macam 2 ..
Mana ade manusia yang sempurna bukan ?
Tapi cubelah jadi manusia yang terbaik !
Aminn ..
:)
 
 
 

 
2011 in memory :)
time maybe can running away..but our memories never join them.. :')

26 December 2011

-CINTA BELUM TENTU MILIK KITA -

    Setiap apa yang kita rancang
     Setiap apa yang kita inginkan
Setiap apa yang kita mahukan
Belum tentu menjadi milik kita

Setiap apa yang kita janjikan
Setiap apa yang kita impikan
Setiap apa yang kita sayang
Setiap apa yang kita kasih
Belum tentu menjadi milik kita

Setiap apa yang kita angankan
Setiap apa yang kita rasakan
Setiap apa yang kita pegang
Setiap apa yang kita kecapi
Belum tentu menjadi milik kita

Setiap apa yang kita lakukan
Belum tentu menjadi milik kita
Kita hanya mampu merancang
Namun Tuhan menentukan
Walaupun hari ini kita berjanji
Sehidup semati
Dan esok belum tentu akan terlaksana
Walau kita berpegang pada paksi yang satu
Namun kuasa Tuhan mengatasi segalanya
Buktinya dirimu telah meninggalkan aku
Untuk selamanya……

Walau menangis sekalipun
Kau tetap tidak akan kembali lagi
Kenanganmu tetap terpahat diingatan
Kasih dan sayangmu tetap berada di hatiku
Walau aku tinggalkan kenangan lalu
Dan menuju ke destinasi baru
Memori indah bersamamu
Tetap ku simpan selamanya
Walau cinta bukan milik kita lagi…………





28 October 2011

makes u crazy :p



assalamualaikum ,
melambai-lambaikan tangan sambil mengoyang punggung ke kiri dan kanan.. hamboiiiih~~ :D

yeaahhh.. aku ada game tok korg arini.. game yg AGAK menguji minda .. muehehheeee~~ 
tp sblm tu,, korg baca rules yg telah ditetapkan occaiye???





Rules :
  • You must post these rules .
  • Each person must post 11 things about themselves in thier journal .
  • Answer the questions the tagger set for you in thier post and create eleven new questions for the people you tagged to answer .
  • You have to choose 11 people to tag and link them to the post .
  • Go to thier page and tell them you have tagged him / her .
  • can tags back .
  • No stuff in the tagging section about "You are tagged if you are reading this" you legitimately ( a.k.a really , trust . with all honesty ) have to tag 11 people .
 
 
 
Bila pk balek~~ baek lahh aku tuka rules dy k.. 
  • You must post these rules .
  • Each person must post 11 things about themselves in thier journal .
  • Answer the questions the tagger set for you in thier post and create eleven new questions for the people you tagged to answer .
  • You can choose as much people as you can,, to tag and link them to the post .
  • Go to thier page and tell them you have tagged him / her .
  • can tags back .
  • No stuff in the tagging section about "You are tagged if you are reading this" you legitimately ( a.k.a really , trust . with all honesty ) have to tag people .


HERE WE GOO ..
11 things pasai aku -.-

  1. org panggil [ JHA.. G.. NAD ]
  2. nama peno [ SITI NADJEEHA BINTI MOHD FARIS ]
  3. umo17 taon.. lahey [14 APRIL 1994 ] kat [ KL ] membesa kat [ KELANTAN.. PERAK.. JOHOR akan datang kat NEGERI SEMBILAN ] :p
  4. SPM candidate ..
  5. kak long dalam family
  6. kuad [ TIDOQ ].. suka [ MAKAN ] .. suka [ PURPLE ] (mcm kak nina comeyy)
  7. suka [ KEK CHOCOLATE + CHEESE CAKE!! ]  nyummmm~~~ <3 <3 
  8. syg [ FAMILY AKU ] .. SANGATSANGAT
  9. SOMBONG ng org yg TAK KENAL
  10. [ TAK RETI ] bwk moto
  11. pakai [ CEMIN MATE ] kalo xpakai aku jadi [ BUTA ]
 
haaaaa~~ CUKUP 11 kn??? okay..
skang aku nak jawab soklan dari akak cntek manis ninaaziz .
TULUS TELUS adek jwb kak.. :p

1. Pernah korek gg senyap2? Jujur jujur, hahaha:p
    - penah!!! masok toilet o bilik o g tmpat takde org pastu buad ahh....hahahhahaaaa :D
2. Siapa yang penting dlm hidup awak selepas family?
    - diri saya sendiri  :D
3. Makan nasi sepinggan cukup ke bg awak? 
    - sy ni kuad makan.. spinggan tu tak brape mengenyang kan! heheheee~~~ 
4. Kentut lepas better drpd tahan, setuju x? xD
    - SETUJU SANGATSANGAT !!! akak pna buad tak??? :p 
5. Awk suka no apa eh? Knp suka no tuu? Ada rahsia ke?:P
    - num 4 .. sb sume idop sy bkaitan ng 4 :) 
6. Apa saya dalam hidup awak?
    - heheheee~~ private n confidential .. :p
7. Kwn makan kwn, rasa-rasa awak kenyang x?
    - tak kenyang.. sb kwn tu ramai.. smpai bila xkn abez~~ :D 
8. Teringin nak kawin x? Dgn sape eh?:P
    - teringin laaa jugak~~ dengan Z a.k.a zakhiri...mueheheheheeee~~
~
8. Awak mesty pernah benci lelaki/perempuan. Bg nama sorang pun jadi la ;)
    - laaa~~ org tu buley tgk laaa~~ tkpeh2..yg ni dia tk buley tgk.. siti nor shafiqa + mohamad nasaruddin + hafizah + fariza + hairul + ariffin !!! mantol jee dme ni!

9. Kalau org terdekat awak pergi buat selama-lamanya dlm keadaan terkejut, masa 2 apa awk rasa eh?
    - mmg sy akan down gila2 ..[penah jadi ] 
10. Betul x perempuan yang paling banyak kecewa sbb lelaki?
    - betol kod~~~~~ [SAYA PUN ] 
11. Suka tgk cerita korea x? :)
    - SUKAAAAAAAAA!!!!!! :D 



SEKIAN wahai si cntik manis   (:
*bila tgk tol2.. ada 12 soklan akak nehh .. haahahahahaaaa


INIH SOKLAN DARI AKU TOK HAMPA PULAK! :D

  1. suka aku dak???
  2. salu buad ape time free@boring???
  3. suka dak kecik dak?? knapa???
  4. antara CINTA n CITA mana korg utamakan?? bukti???
  5. sape buahati korg???
  6. saya baik tak??
  7. pandai masak tak?
  8. kalo korg dapat 1juta,, korg buad ape?? knpe??
  9. salu nanges tak??sape buad? npe??
  10. suka bola tak?? 
  11. ada bntal busukk x??? jgn tipu k :p 
WAHAI : -
  1. akak comey  nina purple
  2.  akak spoting! pejara hati
  3. segak bergaya aliff haziq 
  4. gadis ada styleee syidasyamer 
= kepada yg berkenaan.. sila jawab yeaa :p =   



SEKIAN :)

24 October 2011

pengalaman baruuu (:

assalamualaikum ,
melambai-lambaikan tangan sambil mengoyang punggung ke kiri dan ke kanan

lagi berada di kelantan,, kampung saiya!:D

huuu~~ penadd sunggoe arini ..muehheheh~~
tp dapad pnglaman baru hari ni..haa~

tadi try keje kat restaurant aunty saiya.. huhuu.. mula2 buad keja tu takyah ckp laa,, malu nak mati..

 knon laaa malu2 kuceng .. amek order pon tanak.. hha~ bila soh masak tanak pulak ..~~

ramai gila customer dia~~ smpai tak cukup tangan tukang2 masak dia.. yg keja kemas2 meja tu tak yah ckp laa~~ mmg tak dok diam... aku nih pulak bajett la knon anak tokey~~ kemas2 meja taknak~~~ muehhhehe

seb baek laa restaurant aunty aku nihh pkeja dia takyah kai uniform.. lau tak,, mmg takkan ahh aku pkai..*blagak! hahah!! pastu asek nak mentedarah jek keja aku.. kejap2 soh org tu masak..kejap2 soh org tu wat air.. mmg rugi laa sape2 yg amek aku keja kat restaurant dyorg pasni..hahah!!


22 October 2011

damn luv it!


LUV DIZ BOTH SONG DAMN MUCH! :D <3


DULU






TAPI..........

SEKARANG










 




-SEKIAN-

29 September 2011

6 reasons why sweet to be single :)

Tidak berteman? Rasa sunyi? Usah harungi detik bersendirian dengan perspektif pesimistik. Berikut adalah antara alasan mengapa single ROCKS!!!


1. Bebas dan berdikari
 Jika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantiks seorang diri atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu.


2. Jadi rakan yang baik
 Sememmangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Anda boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik.


3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah 
Ibu bapa sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.


4. Kuat keuntungan dengan part-time 
Dengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.


5. Jimat kos 
Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boleh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 speselseperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya


6. Kurang beban tanggungjawab
 Anda tidak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend sukakan anda atau tidak. Anda juga tidak perlu risau sama ada ibu bapabya mempunyai impresi positif terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend anda.